Penerangan, laporan terbaru dan nasihat tentang wabak koronavirus (COVID-19).
Information, updates and advice about the outbreak of coronavirus (COVID-19).

Jangan keluar rumah. Ayoh selamatkan nyawa kita semua.
Jika khuatir, hubungi talian koronavirus 1800 675 398 (24 Jam sehari).
Jika memerlukan jurubahasa, hubungi TIS National 131 450.
Jangan gunakan talian Triple Zero (000) kecuali untuk kecemasan.   

Kerajaan Victoria sedang mengarahkan semua warga Victoria untuk tetap berkurung di rumah untuk memperlahankan merebaknya coronavirus (COVID-19).

Beberapa sekatan telah diringankan dan kuatkuasa hingga Ahad, 31 Mei 2020.

Kini anda dibenarkan:

  • Mempunyai saudara dan kawan karib melawat anda di rumah – dengan bilangan tetamu hingga lima orang pada satu-satu masa.
  • Mengambil bahagian dalam kegiatan sukan dan rekreasi yang tidak melibatkan sentuhan – dengan pasukan yang terdiri daripada hingga 10 orang dibenarkan berkumpul.
  • Mengadakan perkumpulan hingga 10 orang pada satu-satu masa di dalam bangunan seperti tempat beribadat – di samping bilangan orang minimum untuk menjalankan kegiatan di tempat tersebut.

Ini bermakna bahawa kini terdapat lima alasan untuk meninggalkan rumah:

  • Membeli makanan dan bekalan yang anda perlukan
  • Menjaga orang lain dan menerima penjagaan
  • Bersenam dan berekreasi di luar
  • Kegiatan pekerjaan dan pendidikan yang tidak dapat dilakukan dari rumah
  • Melawat sahabat dan saudara – sekiranya benar-benar perlu dilakukan.

Meskipun sekatan sedang diringankan secara beransur-ansur, penting agar anda mengekalkan jarak 1.5 meter antara diri anda dan orang lain, dan meneruskan amalan kebersihan dengan baik.

Jika anda dapat berkurung di rumah, anda harus tetap di rumah.